Posts

Showing posts from December, 2009

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun

Image
Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun Oleh Shamsul Amri Baharuddin Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21. Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya. Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi si...

Sistem ekonomi kena utama kesejahteraan insan

Oleh Nik Mustapha Nik Hassan Kepincangan pelaksanaan, ketidakadilan agihan sumber boleh tambah krisis dalam masyarakat DUNIA menyaksikan bahawa pendekatan semasa yang diamalkan kebanyakan negara dalam menyusun dan membangunkan ekonomi membuahkan hasil yang tidak sempurna kepada kebajikan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi dari segi angka tercapai tetapi jumlah yang miskin terus tertindas. Kos sara hidup terus meningkat. Natijahnya beban hidup masyarakat makin bertambah berat. Permasalahan ini dituruti dengan pelbagai masalah kemanusiaan lain yang ketara. Keruntuhan akhlak seperti rasuah menjadi-jadi. Kadar jenayah, kepincangan institusi keluarga dan ketidakadilan sosial menjadi fenomena yang jelas. Jika permasalahan kemanusiaan ini berterusan, kebajikan dan kesejahteraan hidup manusia lambat-laun akan mengalami krisis yang ketara. Bahkan pada masa kini persepsi umum terhadap sesuatu tindakan oleh pihak berwajib banyak menimbul keraguan. Keadaan ini jika...

Raja Petra guna pasport asing?

Image
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Mungkinkah pengendali laman web propembangkang Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin mempunyai pasport negara lain untuk memasuki Britain? Persoalan itu bukan sahaja menjadi ‘satu misteri’ yang tidak terjawab hingga hari ini tetapi turut menimbulkan kemusykilan pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Ini kerana Jabatan Imigresen Malaysia sehingga hari ini tidak mempunyai rekod ‘keluar masuk’ pengendali laman web itu di negara ini sejak sekian lama serta pergerakan beliau di negara-negara lain. Ekoran ketiadaan rekod ‘keluar masuk’ itu, Raja Petra dianggap masih berada di negara ini dan tidak pernah melawat negara-negara lain. Ketua Pengarah Imigresen, Abdul Rahman Othman yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini, mengakui pihaknya tidak mempunyai catatan rekod perjalanan Raja Petra . Beliau berkata, semakan telah dibuat di semua pintu masuk negara ini sama ada melalui jalan darat atau udara. ‘‘Saya hanya boleh mengesahkan bahawa sehingga hari ini tidak ad...

Siapa penghasut, kewartawanan arus perdana atau bebas?

MINGGU ini saya tidak mogok lagi. Kewartawanan arus perdana di Malaysia belum lagi mati, walaupun ada cubaan mahu membunuhnya. Walaupun ada cubaan mahu membunuh Utusan Malaysia, akhbar berpengaruh rakyat Malaysia yang mahu disenyapkan terus. Di Malaysia sesiapa yang berpengaruh akan dibunuh sehingga mati. Istilah sains politiknya disebut pembunuhan karekter. Tun Mahathir Mohamad pernah dicap sebagai Maha Firaun dan bermacam lagi panggilan nista yang membunuh. Pembunuhan jenis ini bukan sahaja dilakukan ke atas manusia, tapi juga kepada organisasi. Itulah niat orang tertentu apabila menuduh akhbar keramat ini sebagai akhbar rasis. Orang ramai yang tidak tahu peranan sebenar akhbar berusia 71 tahun ini akan menerima masak-masak tuduhan itu. Itulah yang dinamakan pembunuhan karekter. Akhbar ini diharamkan memasuki Singapura sekian lama kerana republik itu tidak mahu orang Melayunya terpengaruh dengan pengaruh akhbar itu. Kini di Pulau Pinang akhbar ini diharamkan dibaca oleh kakitanga...

Polis mohon ekstradisi

Image
Oleh ASSIM HASSAN assim.hassan@utusan.com.my Raja Petra Raja Kamaruddin KUALA LUMPUR 20 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) jika benar dia kini berada di sebuah pangsapuri mewah di London. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu. Menurut beliau, pihaknya turut meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) dan kerajaan British bagi memastikan dakwaan itu benar. ‘‘Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia hari ini dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British. ‘‘Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam...

Ketidaksefahaman : PR tidak akan didaftarkan

Image
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa. Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi. Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog supaya menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat. Penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka adalah satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger Pas anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Pusat di Markas Tarbiyyah Pas, Taman Melewar dekat sini, hari ini. ...

Dr. Mahathir gembira kehidupan penduduk Langkawi berubah

Image
LANGKAWI, 20 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan gembira kerana kehidupan penduduk Langkawi telah bertambah baik hasil pembangunan pesat di pulau legenda itu. GAMBAR HIASAN : Inilah Pantai Chenang pada tahun 1986. Gambar ini adalah koleksi photo peribadi saya. Ketika ini, jelas dilihat betapa pembangunan Langkawi belum berlaku dan pemandangan ini, tidak wujud lagi kerana, Pantai Chenang telah dibangunkan sebagai sebuah  tempat pelancungan terkenal dengan adanya Hotel bertaraf 5 bintang. Katanya beliau mendapati banyak rumah yang daif serta serba kekurangan kini berubah kepada rumah-rumah batu dalam tempoh beberapa tahun pembangunan ini sebahagian besarnya kerana Langkawi mempunyai kilang pengeluar simen di Teluk Ewa, Ayer Hangat. Ini merupakan sebahagian daripada pembangunan pesat yang dialami di Langkawi dan turut dirasai penduduk Langkawi, katanya pada majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Persatuan Mencegah Dadah...

Retorik parti pembangkang

Image
Oleh Zulkiflee Bakar    KALAULAH rumusan mahu dibuat mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam, tiada apa-apa yang menarik selain pakatan tersebut menggambarkan seolah-olah merekalah manusia pilihan dan paling layak memimpin Malaysia. Bagi mereka, hanya pakatan mereka sahaja pilihan terbaik untuk memulihkan negara ini kononnya daripada segala kepincangan sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Lihat sahaja isi kandungan ucapan tiga pemimpin utama pakatan itu bermula daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketiga-tiga mereka memaparkan senario seolah-olah kalaulah pembangkang tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, maka musnahlah Malaysia. Tafsiran yang dibuat ialah sepanjang 52 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, segala-galanya buruk belaka. Oleh itu mahu tidak mahu PRU13 perlu dijadikan medan pertempu...

Pembangkang cuba runtuhkan negara

Image
IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara. ''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi. ''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan. Semasa pengundian tersebu...

Raja Petra berada di London : Siapa biaya kediaman mewah?

Image
GAMBAR dari luar apartmen mewah di Gloucester Bayswater, London yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Raja Petra Raja Kamaruddin.(gambar kecil) KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang sebelum ini dilaporkan berada di Melbourne, Australia, kini dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London. Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu. Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. Bagaimanapun, sumber terbabit tidak menyebut berapa lama pengendali laman web tersebut mendiami pangsapuri itu. Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasu...

Ariffahmi Segera letak jawatan - Dewan Pemuda Pas Kelantan

Image
KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan. Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut. Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu. Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil. Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti ...

Apa sudah jadi siasatan menantu Nik Aziz?

Image
KOTA BHARU 17 Dis. - Perkembangan siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menimbulkan tanda tanya apabila masih tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini. Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa malah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mohd. Jaafar Hussen ketika ditemui pemberita hari ini enggan mengulas lanjut dan menjelaskan, kes itu bukan di bawah kendalian pihaknya. Beliau memberi alasan kes itu disiasat secara langsung oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya. "Kes itu dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM. Anda boleh bertanya kepada mereka. "Ini isu yang sangat sensitif, saya hanya boleh mengulas kalau dapat lampu hijau," katanya selepas menutup Seminar Pencegahan Rasuah Kontraktor-Kontraktor Negeri Kelantan 2009 di sini hari ini. Pada 25 November lal...

Betullah Hassan Ali akan disiasat kerana menegur 'isu arak' di Selangor

Image
Siasatan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali tidak menyentuh dakwaan mengatakan beliau menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, siasatan hanya berkisar mengenai beberapa isu di Selangor yang membabitkan parti itu. “Laporan beberapa akhbar mengatakan siasatan akan menumpukan kepada sisu cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang didakwa dimainkan oleh Hassan dan beberapa pemimpin lain adalah tidak tepat. “Siasatan ini tiada kena mengena dengan cadangan itu kerana isu kerajaan perpaduan, Pas sudah tutup buku, siasatan ini lebih banyak berkisar kepada masalah dalaman kita sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk mengheret Pas Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu. Keputusan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung da...

Pakatan Pembangkang Bergolak di Sebalik Menang Enam Pilihan Raya

Image
JIKA dilihat pada angka, barisan pakatan pembangkang menang 6-2, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009. Ia adalah bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan). Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Dari satu aspek, kemunculan pakatan pembangkang dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka. Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh ...

PEMBENTANGAN BEBERAPA TOPIK ISU YANG BERSIFAT FATWA

Image
1. Tahun 1959: PAS SALAHGUNA separuh hujung ayat 15 surah Saba' (Baidatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur) dalam manifesto PAS Kelantan untuk piiihanraya umum, sebagai umpan memancing undi dengan janji kononnya inilah negeri yang PAS akan bina sebagaimana kehendak ayat 15 surah Saba' dalam manifesto tersebut. Sebenarnya ayat ini membawa amaran balasan baik kepada orang yang syukur nikmat dan balasan azab bagi orang yang kufur nikmat. Sayang seribu kali sayang, demi kerana kepentingan pilihanraya sahaja maka pengajaran yang sepatutnya diperolehi daripada ayat-ayat 15, 16 dan 17 surah Saba' ini tidak bermakna apa-apa. 2. Tahun 1963: Dewan Ulamak PAS Kelantan SEMBUNYI FAKTA sejarah nabi s.a.w. kongsi kuasa di Madinah dan maksud asal ayat 28 surah aali-Imran; lalu memutuskan hukum bersifat fatwa "Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir". Ayat 28 surah aali-Imran disalahtafsir dengan membaca separuh awal sahaja; hujungnya tidak ...

PKR 'kalut' : Azmin Cuba Letak Jawatan Naib Presiden PKR Namun Di Pujuk Anwar Brahim

Image
Dari sumber dalaman PKR mengesahkan terdapat pergolakan yang amat ketara di antara Azmin dan Jeffry Kitingan. Pergolakkan ini ada hubungkait berkenaan kemelut PKR Sabah yang semakin Parah krisis nya......... Azmin Ali telah dilaporkan hendak MELETAKKAN JAWATAN Naib Presiden PKR berikutan ketidak puashatian nya pada Anwar Brahim kerana ingin melantik Jeffry Kitingan sebagai pengerusi PKR Sabah. Dalam pergolakkan itu beberapa pemimpin PKR cuba menenangkan Azmin agar tidak bertindak terburu buru dalam hal ini. Klik Di Sini Kepanasan Kemelut PKR Sabah Tamparan yang terbaru ini merupakan satu tamparan susulan setelah Azmin Ali yang mana menjadi pengerusi PKR Sabah di tolak 3/4 dari Ketua Bahagian PKR Sabah tempoh hari. Atas faktor ini lah juga Anwar mengambil keputusan untuk menyingkirkan Azmin dari jawatan Pengerusi PKR Sabah agar di beri semula jawatan tersebut kepada Jeffry Kitingan. Perlantikan semula Jeffry Kitingan ini sebagai Pengerusi PKR Sabah di jangkakan akan dium...

Apabila Kuasa Beraja Di Hati..

Image
KUALA LUMPUR, 17 Dis. – Cakap-cakap politik tentang pakatan campuran masih berlarutan dan kemelut kepimpinan di negeri-negeri yang dikuasai mereka lebih terserlah berbanding dengan permasalahan rakyat. Sebenarnya kemelut politik yang berlarutan ini bukan hanya membantutkan pembangunan dan tumpuan kepada kemajuan selain daripada kebajikan masyarakat diabaikan malahan ia juga mengundang kerimasan kepada khalayak umum. Pakatan campuran, seperti umumnya bercakap ikut sedap mulut sahaja, lembut gigi dari lidah tanpa menilai semula impak ekoran kata-kata yang dihamburkan lantas tindakan yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana tingkah Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang sebelum ini lantang mengkritik Perdana Menteri tetapi baru-baru ini memuji pula langkah yang diambil oleh Kerajaan. Begitu juga dengan apa yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang selalu sahaja beretorik untuk mengelirukan masy...

OPSSS, SALAH LETAK CALON!

Sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat, Presiden PAS Dato' Seri Abd Hadi Awang berkata parti-parti yang bernaung di bawah gagasan itu hendaklah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Perak. Katanya, mereka tidak lagi boleh tangkap muat calon pilihanraya. Ketika bercakap dengan wartawan Malaysia di Copenhagen, Pengerusi Barisan Nasional Dato' Seri Najib Tun Razak pula berkata parti itu akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang gagal hadir sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010. Klik di sini untuk membaca tulisan saya sebelum ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya amat memahami betapa sesebuah parti politik perlu menampilkan calon berkualiti. Dia ada pengalaman tersendiri. Projek 16 September yang ingin menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat bukan saja gagal. Lebih parah, ramai wakil rakyat PKR melompat keluar. Di Perak, dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar parti sehingga menumbangka...

GEMPAR- MEMANG SAH PEMBUBARAN PKR IJOK SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG!

Image
Pada pukul 2:30 tengahhari ini, kesemua Cabang dan Ranting PKR di Ijok akan isytihar tutup. Ini berikutan ketidak puasan hati ahli-ahli PKR di kawasan tersebut yang telah hampa dengan kepimpinan dan ketidak prihatinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada kawasan ADUN sendiri. Pengisytiharan keluar ini melibatkan lebih 1,000 ahli. Majlis pengumuman ini akan dihadhiri oleh Dato Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor pada pukul 2:30 nanti. Penutupan semua ranting dan cabang PKR di Ijok adalah satu tamparan hebat besar buat Khalid sebagai Menteri Besar merangkap Ketua 'Pakatan Rakyat' Selangor. Di peringkat negeri, dia dilihat pentadbir yang lemah dan tidak berupaya memberi kepimpinan dan mengangani masaalah negeri Selangor tetapi hanya bermain politik hingga ditegur berkali-kali oleh DYMM Sultan Selangor. Khalid akan menjadi ADUN PKR di kawasan yang PKR tidak wujud sama sekali. Bagaimanakah dia berupaya untuk mewakili dan berkhidmat untuk kawasan...

Cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, siapa yang kena jual?

Image
Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan ke...