KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai (Bebas), Mohsin Fadzli Samsuri, tidak akan kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun berjaya menyelesaikan masalah dalamannya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang, yang mahu mengadakan solat hajat terhadapnya supaya kembali ke pangkuan pembangkang. Mohsin berkata, beliau keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berikutan masalah dalaman parti yang gagal diselesaikan kepemimpinan PKR, malah mendakwa beliau tidak diterima pemimpin peringkat bahagian parti. “Saya tak akan patah balik (masuk PKR), maaflah, cabang (bahagian) sendiri tidak terima saya, ketua cadang kata mereka salah pilih calon,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam. Mohsin meninggalkan parti itu selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, manakala Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli No...