Nordin dakwa Anwar bersikap seperti 'diktator'

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersikap seperti 'diktator' dan tidak akan mendengar pandangan ahli partinya kerana beliau bimbang muslihat yang disusun, akan musnah di tangan pengikut sendiri. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, sejak awal penubuhan parti itu, segala keputusan ditentukan oleh Anwar seorang diri. Sehubungan itu katanya, beliau tidak terkejut jika lebih ramai ahli PKR terutama yang memegang jawatan tinggi akan mengikut rentak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Pahang. "Saya yakin Azan meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap Anwar yang egois dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. "Perkara ini telah terjadi kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor, yang sanggup keluar parti kerana tidak mahu menurut kehendak Anwar yang bersikap seper...