Posts

Showing posts from February, 2010

UMNO Kedah sasar 317,000 pengundi muda

Image
ALOR SETAR 20 Feb. - Seramai 317,000 pengundi muda di negeri ini yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 masih belum mendaftar sebagai pengundi.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO akan terus turun padang bagi mengesan pengundi-pengundi muda itu. "UMNO Kedah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi yang masih belum berdaftar. "Program initelah dijalankan sejak awal Januari lalu dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya. Beliau berkata demikian pada program pendaftaran pemilih di Taman Wira Mergong di sini hari ini. Menurutnya, melalui program itu, bilangan ahli baru yang menyertai UMNO turut bertambah. "Kita tidak meletakkan sasaran banyak mana yang akan sertai UMNO. "Namun, kita mahu mereka yang layak dapat mengundi dan melalui program ini, UMNO juga akan terus dekat di hati rakyat," ujarnya. ...

Kegagalan Kerajaan Pas Kedah : 3,000 penduduk hadapi kesulitan bekalan air

ALOR STAR: Kira-kira 3,000 penduduk lima kampung di sekitar Alor Mengkudu di sini, kecewa kerana bekalan air paip yang diselenggarakan pihak bertanggungjawab di kawasan itu sering putus sejak empat tahun lalu. Penduduk di Kampung Padang Chapa, Kampung Alor Mengkudu, Kampung Alor Selut, Kampung Alor Keriang dan Kampung Tok Sadu mendakwa, keadaan semakin meruncing sekitar enam bulan lalu apabila bekalan air hanya diperoleh pada awal pagi iaitu sekitar jam 2 hingga 6 pagi. Suri rumah, Rokiah Hitam, 49, dari Kampung Padang Chapa, berkata beberapa kawasan di sini mengalami masalah air hampir 20 tahun namun pihak berkenaan sehingga kini tidak mengambil langkah penyelesaian. Katanya, pada waktu siang bekalan langsung tiada dan segala aktiviti kerja rumah seperti mencuci pakaian dan pinggan mangkuk tergendala malah air untuk mandi juga terpaksa dijimatkan. “Masalah ini sudah diadukan kepada Jabatan Bekalan Air Kedah (kini dikenali Syarikat Air Darul Aman) namun tiada tindakan diambil. ...

Saya dikhianati politik propaganda murahan - Zahrain

Image
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan perjuangannya dikhianati pimpinan politik propaganda murahan. Katanya, tindakan itu juga disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti itu yang disifatkannya sebagai pengecut untuk menyatakan kebenaran. ''Saya berkawan lama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi keyakinan saya hilang apabila beliau mempertahankan Lim Guan Eng,'' katanya dalam program Bicarawara yang disiarkan oleh RTM, malam ini. Zahrain yang membuat keputusan keluar daripada PKR pada 12 Februari lalu berkata, apa yang beliau kesalkan ialah setiap kali beliau ingin menyampaikan apa yang dilakukan oleh Guan Eng, pandangannya diperlekehkan oleh kepimpinan parti tersebut. ''Saya juga dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana mengkritik Guan Eng, seolah-olah Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak be...

Pemimpin perlu kerap turun padang

Image
Oleh Yusri Sahat, Ali Mahmood dan Salehudin Mat Rasad utusanpahang@utusan.com.my NAJIB bertanya sesuatu kepada Sufiah Datuk Norizan, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Assunta Petaling Jaya yang menyampaikan suratnya kepada Perdana Menteri pada Konvensyen UMNO Pahang 2010 di UiTM, Maran, semalam. MARAN 19 Feb. - Para pemimpin UMNO perlu kembali kepada politik fundamental jika mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti pemerintah itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tegas beliau yang juga Presiden UMNO, pemimpin parti pada masa ini perlu mencontohi sikap pemimpin terdahulu yang sentiasa mendekati rakyat terutama ketika pengundi berada dalam kesulitan. ''Jika pemimpin dahulu sanggup turun padang bertemu rakyat sehingga ke kawasan pedalaman, mengapa terdapat pemimpin sekarang gagal mengikuti langkah tersebut. ''Kita sebagai wakil rakyat mestilah sentiasa bersama rakyat. Kita perlu mendekati rakyat melalui pelbagai program pada set...

Pemuda BN Hantar Memorandum Bantah Campur Tangan Anggota Parlimen Australia

Image
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) Rabu menyerahkan memorandum menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman di negara ini. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata memorandum itu menuntut agar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri Parlimen Australia Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 anggota parlimen negara itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia serta satu permohonan maaf daripada Danby bagi pihak 50 anggota Parlimen itu. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata memorandum itu juga menggesa agar Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 anggota Parlimen negara itu. "Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa sa...

Ada 'Firaun Kecil' Cuba Singkir Saya Dari PKR - Zulkifli Noordin

Image
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin Selasa berkata ada sekumpulan 'firaun kecil' sedang bersekongkol untuk menyingkirkannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata kelompok itu bukan saja daripada kalangan anggota PKR dan PAS tetapi juga badan bukan kerajaan yang tidak senang dengannya. Perkembangan terkini membabitkan lembaga disiplin parti yang mahu membicarakannya ketika beliau tiada dalam negara menyerlahkan lagi komplot kumpulan itu, katanya kepada pemberita di sini. "Saya hairan mengapa mereka (Lembaga Disiplin) pilih tarikh tersebut, sedangkan mereka telah sedia maklum bahawa saya bersama 12 anggota Parlimen dari pakatan pembangkang dan Barisan Nasional akan berada di Korea bermula esok sehingga 25 Feb ini," katanya. Zulkifli sebelum itu memberitahu pemberita bahawa lembaga disiplin parti menetapkan Khamis ini sebagai tarikh perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap A...

Zulkifli dakwa ada unsur sabotaj dalam tindakan lembaga disiplin PKR

Image
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, mendakwa ada unsur sabotaj apabila lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan Khamis ini sebagai tarikh bersidang kes beliau. Beliau berkata, ini kerana pada waktu itu beliau akan berada di Korea Selatan untuk menghadiri persidangan kepimpinan bersama 11 lagi Ahli Parlimen Pembangkang sehingga 25 Februari. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan itu sebagai satu hukuman awal parti terhadapnya. - Berita Harian

Kelemahan terserlah jua : Umno tak perlu canang kelemahan pembangkang: Shafie

Image
KOTA KINABALU: Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain hanya perlu bekerja untuk rakyat dan bukannya membangkitkan dilema yang kini dihadapi pembangkang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata, "keadaan rapuh" dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang bukanlah urusan Umno. "Adalah penting untuk kita menyampaikan... memberi khidmat terbaik kita kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan kita. "Dengan cara itu, rakyat akan tahu bahawa kita adalah kerajaan yang mengambil berat kebajikan mereka, pemimpin rakyat yang boleh dipercayai dan dapat memberi khidmat terbaik tanpa perlu memberitahu mereka bahawa pembangkang tidak boleh dipercayai," katanya. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah (FCAS) di sini malam tadi. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, diminta...

Nik Aziz kian menyimpang?

Image
KOTA BHARU 15 Feb. - Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'. Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam. Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah. "Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak). "Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini. Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang ju...

Contohi Khalifah Umar retorik politik murahan Guan Eng

Image
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan slogan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan rakyat. Bukan itu sahaja, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mengaitkan perbuatan Guan Eng yang cuba menutup kebenaran pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri itu sebagai sangat mengaibkan. Beliau yang mengecam keras tindakan itu berkata, cubaan membatalkan perarakan membuktikan apa yang disebutkannya sebelum ini bahawa kepimpinan Guan Eng adalah bersikap cauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas. ''Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas? ''Benarlah kata Rasulullah SAW, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yan...

Boleh gagal sistem demokrasi

Image
Oleh HAMDEN RAMLI utusansabah@utusan.com.my Shafie Apdal (kanan) menyatakan sesuatu kepada Ketua Menteri, Musa Aman (tengah) dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joseph Pairin Kitingan di Rumah Terbuka PBS dan MCA Sabah sempena sambutan Tahun Baru Cina di Port View, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri KOTA KINABALU 15 Feb. - Tindakan 50 ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menggagalkan amalan sistem demokrasi dan Perlembagaan negara-negara Komanwel. Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai perkembangan tidak sihat, Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah tersebut jelas tidak menghormati Perlembagaan negara. ''Apa akan jadi jika berlaku jenayah di Australia, ahli Parlimen kita minta supaya dakwaan digugurkan. Sudah tentu akan ada ahli Parlimen mereka (Australia) akan tersinggung. ''Ol...

Malaysia Berdaulat : Anwar tak perlu gunakan Australia untuk 'lepaskan' diri

Image
Hanya selepas beberapa hari bermulanya kes liwatnya di Mahkamah, Anwar Ibrahim terus menggunakan 'taktik' lamanya untuk terus memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia. Terkenal dengan gelaran ' Pengkhainat Negara ', Anwar kali ini menggunakan beberapa orang Ahli Parlimen Australia untuk 'bersuara' bagi menggugat kedaulatan negara. Tindakan bacul ini jelas bermotifkan politik apabila, Anwar melalui kuncu-kuncunya yang bermastautin di sana untuk mempengaruhi serta mendesak Ahli Parlimen Australia dari Parti Buruh Michael Danby menyerahkan nota bantahan berkaitan kes liwatnya kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman Ahmad di Canberra, Jumaat lalu. Dengan menggunakan Ahli Parlimen Australia kali ini, apakah ianya adalah bukti bahawa dunia Islam sudah tidak menghormati dan telah hilang hormat kepada Anwar. Kenapa mesti gunakan orang Kristian yang pegangan mereka kepada homoseksual sememangnya boleh diragui. Untuk makluman semua, ini bukan kali pertama An...

UMNO sedia bincang dengan Pas

Image
BESUT 13 Feb. - UMNO bersedia duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu berkaitan dengan Islam sekiranya kenyataan berhubung cadangan tersebut dikeluarkan menerusi Majlis Syura parti itu dan bukannya individu. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, walaupun kenyataan berhubung isu terbabit dikeluarkan oleh Presiden Pas sekalipun, UMNO tidak akan menerimanya kerana ia adalah keputusan secara individu. Katanya, ini disebabkan UMNO bimbang berdasarkan kenyataan pemimpin Pas sebelum ini ia kerap berubah mengikut musim dan kadangkala keputusan dibuat tidak menggambarkan pendirian parti itu yang sebenar. ''Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberitahu yang beliau (Najib) tidak pasti pasal perbincangan dengan Pas sebab ia selalu berubah, ''Kenyataan itu hanya dibuat atas kenyataan Datuk Nik Aziz saja......kecuali kalau Majlis Syura Pas kata nak bekerjasama dengan UMNO...kita setuju lah. "Kalau ikut yang lepas-l...

Pemimpin PKR patut fikir semula sokongan untuk Anwar: Rais

Image
LONDON: Tumbangnya satu demi satu "pagar" Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuatkan anggota parti itu memikirkan semula sokongan kepada ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bahkan seluruh rakyat, katanya, harus melihat tindakan pemimpin seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, keluar parti menunjukkan bahawa PKR sudah tiada berpotensi untuk memberi sumbangan kepada pakatan DAP-PKR-Pas. "Berita itu harus dianggap sebagai elemen penggoncang kepada situasi dan politik PKR khasnya dan pembangkang amnya," katanya kepada pemberita di Restoran Jom Makan, restoran masakan Malaysia yang terkemuka di pusat bandar raya ini. Mengulas lanjut pengumuman Zahrain keluar daripada PKR, Rais berkata bagaimana orang seperti Zahrain sanggup berhenti menjadi anggota parti dan mahu duduk di luar lingkungan PKR, harus dijawab oleh Anwar secara jelas dan tidak mengaburi m...

Zulkifli pertahan kenyataan

Image
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tetap mempertahankan kenyataannya yang mengatakan DAP menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat (PR). Malah, Zulkifli turut menyenaraikan sembilan dalil :(sebelah): mengukuhkan kenyataannya itu sebagai rujukan agar pakatan pembangkang mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP. “Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis serta diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman di antara komponen parti pakatan pembangkang,” katanya. Beliau berkata, rakyat mula mencurigai parti itu dan muak dengan sikap kaduk naik junjung yang jelas bertentangan dengan dasar reformasi yang dibawa oleh PR. “Antaranya, kenyataan Jeff Ooi melabelkan Ahli Malis Pulau Pinang dan ahli Jemaah Islah Malaysian (JIM) , Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpi...

Tindakan Zahrain akan diikuti ahli lain: Zahid

Image
MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diikuti oleh ahli pembangkang lain. "Saya harap lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR atau DAP mengikuti jejak langkah Zahrain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen di Kem Terendak di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan Zahrain itu sebagai satu tindakan kembali ke pangkal jalan kerana peranan Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang serta negeri lain sebagai hanya pandai beretorik politik. Zahrain berkata, keputusannya keluar dari PKR hari ini kerana kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam Pakatan Rakyat. Ahmad Zahid berharap menjelang Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 15 Mac...

Anwar kecewa Zahrain keluar parti

Image
PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau kecewa dengan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, untuk keluar daripada parti itu. Katanya, tidak pernah dibangkitkan dalam parti atau dengan beliau isu pertelingkahan peribadi Zahrain dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Untuk menghukum Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, kita tidak boleh terima. Jadi beliau ditegur atas alasan itu," katanya kepada pemberita selepas prosiding Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan beliau untuk membatalkan kes liwat membabitkan beliau di sini hari ini. Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, mengumumkan keputusannya hari ini dengan alasan beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - Berita Harian

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin umum keluar PKR

Image
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim sebentar tadi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini. Dalam sidang sidang akhbarnya di sini, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan

Dr Mahathir dedah rahsia berjaya majukan negara

Image
Semai sifat cintakan negara lebih daripada diri sendiri KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, rahsia kecintaan yang tinggi kepada rakyat dan negara melebihi kepentingan diri sendiri, menjadi pencetus kejayaan beliau memajukan Malaysia selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan. "Saya berpendapat tiada yang lebih berkesan, penting dan berpengaruh daripada mempunyai cinta kepada bangsa dan juga negara. Jika perasaan itu melebihi cinta kepada diri sendiri, kepentingan diri, keangkuhan dan sebagainya, maka negara yang dipimpin oleh orang yang cinta kepada tanah airnya, tetap akan mencapai kemajuan. "Kita tidak harus fikir mengenai status dan apa yang kita dapat daripada jawatan tinggi ini. Sebaliknya, kita harus ingat bahawa kuasa ini boleh digunakan untuk kebaikan seluruh negara serta memikirkan cara memajukan negara," katanya pada Ceramah Kepemimpinan: Pengekalan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pembangunan Persepsi Nasional anjuran K...

Tun Dr.mahathir Gesa Umat Islam Bertanggungjawab Bersihkan Imej Islam

Image
  KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad hari ini menggesa umat Islam di negara ini agar bertanggungjawab membersihkan imej Islam, jika tidak orang Islam akan terus mendapat nama yang buruk. "Kita biasa dituduh sebagai agama pengganas, agama terroris bahkan ada yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah pemimpin terroris. Kita mendapat imej yang amat buruk sekarang ini. "Dan kita tahu sebab-sebabnya...sebab-sebab ramai dari orang Islam bertindak sedemikian sehingga mereka dituduh sebagai pengganas," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Perkim 2010/1431 ke-50 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Rabu malam . "Tetapi untuk memberi gambaran (elok) amatlah perlu umat Islam sendiri mencerminkan budaya yang dianjurkan oleh Islam. "Kadang-kadang kita dapati orang Islam sendiri bergerak melakukan tindakan-tindakan dan juga bercakap dengan cara yang memburukkan agama Islam," ujar beliau. Dr M...

Anak Raja Petra telan pisau cukur

Image
KUALA LUMPUR: Raja Azman Raja Petra, anak lelaki editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang baru-baru ini dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur. Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Raja Azman, 34, dijumpai dalam keadaan lemah dalam penjara oleh petugas penjara Sungai Buloh ketika melakukan tugas rondaan pada petang kelmarin. Beliau berkata, Raja Azman yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil. Bapa mangsa yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa Raja Azman mengambil tindakan drastik itu kerana dia tidak lagi dapat menahan seksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara. Rahim bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Raja Petra itu. "Siasatan masih di peringkat awal. Berilah kami masa," katanya ketika dihubungi. Raja Azman,...

Bekas pembantu khas Anwar serah gambar warga Pakistan

Image
MELAKA: Bekas Pembantu Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, menyerahkan gambar individu yang disyaki dapat membantu menjejak pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah pagi tadi. Gambar individu warga Pakistan itu diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, kira-kira jam 10 pagi. Anuar, 41, yang kini menetap di Cheng, dekat sini, tampil di IPD Melaka Tengah itu bersama Ahli Jawankuasa Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia cawangan Melaka, Yusof Hasan. Bagaimanapun beliau tidak membuat sebarang laporan polis dan pada masa sama enggan menunjukkan gambar individu terbabit kepada wakil media yang berkumpul di perkarangan IPD Melaka Tengah untuk merakamkannya. "Saya tampil ke IPD Melaka Tengah hari ini untuk menyerahkan gambar Aasil kepada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan S...

"Zulkifli Noordin Bebas Keluarkan Apa Juga Kenyataan Tapi..."

Image
PETALING JAYA: Dalam nada yang tidak pasti sama ada menyindir atau memberi lesen besar untuk berbuat apa sahaja, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin bebas mengeluarkan apa juga kenyataan kepada media. "PKR tidak akan bertindak ke atas Ahli Yang Berhormat dari Kulim-Bandar Baru Sdr Zulkifli Noordin sehinggalah kesnya dibawa ke hadapan Jawatankuasa Disiplin parti minggu depan," kata Saifuddin. Sehingga itu, katanya, Zulkifli bebas mengeluarkan apa juga kenyataan atas apa juga isu kepada media, sama ada berkaitan dengan Pakatan Rakyat, isu kalimah Allah atau apa-apa pun. “Bagaimanapun, semuanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PKR minggu depan," ujarnya sebagai respon kepada kenyataan Zulkifli dalam rancangan Soal Jawab TV3 Isnin baru-baru ini dengan menyebut Pakatan sebenarnya tidak memerlukan DAP sebagai rakan kongsi sambil menyifatkan parti itu sebagai duri dalam daging. Dalam program...

Sayang DAP lebih dari Zukifli : Tindakan tegas ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu - Anwar

Image
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bakal menerima padah ekoran kenyataannya yang mendakwa pakatan pembangkang tidak memerlukan DAP. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas Zulkifli termasuk kemungkinan untuk sekali lagi mengheretnya ke Lembaga Disiplin PKR. "Itu pandangan peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar pakatan pembangkang serta PKR," katanya selepas menghadiri prosiding berkaitan kes perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Mengulas dakwaan itu dan tindakan yang boleh diambil ke atas Zulkifli, Anwar berkata: "Ia dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. "Kita tidak mahu lagi orang cari alasan apa-apa. Kita kena ikut dasar dipersetujui dan kalau tidak setuju, kita tiada pilihan." Anwar menambah, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, keti...

"Guan Eng Pecat Saya Sebagai Pengerusi GLC Negeri" - Zahrain

Image
PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa beliau telah dipecat oleh Lim Guan Eng sebagai pengerusi sebuah GLC milik kerajaan negeri kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu. Ahli Parlimen Bayan Baru itu adalah pengerusi Island Golf Properties Bhd iaitu anak syarikat milik sebuah perbadanan kerajaan negeri. Zahrain sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Lim Guan Eng memerintah negeri itu bagaikan seorang diktator, berfikiran seperti seorang komunis dan mengenepikan pandangan ahli parti serta pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Dan semalam, beliau mendakwa, kerana kritikan yang dilemparkannya itu, 12 hari kemudian Guan Eng telah memecatnya sebagai pengerusi GLC negeri. "Cara bagaimana saya dipecat mengesahkan dakwaan saya bahawa beliau adalah seorang diktator," kata Zahrain. Beliau menambah, Guan Eng adalah seorang yang tidak boleh menerima kritikan dan cara dia mengendalika...

Tolak kerajaan pakatan pembangkang - Kimma

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menggesa warga Pulau Pinang menolak kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu yang gagal memenuhi kehendak rakyat. Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, tindak-tanduk kerajaan negeri akhir-akhir ini juga dilihat menindas orang Melayu di negeri itu. Menurutnya, kepincangan pemerintahan yang berusia hampir dua tahun itu semakin nyata apabila pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri tidak sehaluan. "Kimma memuji langkah bekas Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang berani menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Cara kepimpinan beliau mendedahkan yang pembangkang hanya pandai berpolitik sebaliknya gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas kemelut antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang saling bertelagah selepas Ahli Parlimen Bayan Baru,...

Untuk terus mendekati rakyat : UMNO Kedah tubuh unit aduan

Image
ALOR SETAR 9 Feb. - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menubuhkan Unit Pengaduan Awam dan Khidmat Pelanggan bagi menyelaras pelbagai aduan yang diterima daripada orang ramai di negeri ini. Setiausahanya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad memberitahu, unit tersebut telah beroperasi sejak 1 Februari lalu bertempat di tingkat enam, Bangunan Tunku di sini. "Seorang pegawai, Muhamad Subkhi Othman telah dilantik untuk mengendalikan unit ini," kata beliau. Menurut Ir. Nawawi, antara fungsi unit tersebut ialah mengendalikan aduan orang ramai mengenai pelbagai masalah yang dihadapi sebelum ia disalurkan kepada agensi berkaitan. Kata beliau, selain itu pihaknya juga bersedia membantu dari segi mengeluarkan surat sokongan. "Selama ini kita (UMNO Kedah) sering menerima aduan orang ramai yang menghadapi masalah tetapi sukar untuk dilaksanakan tetapi kali ini kita ada unit yang khusus untuk membantu, sudah pasti ia menjadi lebih mudah," kata beliau. - Utusan

Kerjasama Pas-UMNO dimuktamad Ahad ini

Image
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Persoalan sama ada cadangan pimpinan tertinggi Pas supaya diadakan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO diterima sebagai dasar parti atau sebaliknya akan dimuktamadkan pada 14 Februari ini. Pada tarikh tersebut satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan pelbagai isu termasuk cadangan 'berbaik-baik' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong pula oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ( gambar ) berkata, pada mesyuarat itu, satu keputusan sebulat suara berdasarkan kepada konsep musyawarah akan diputuskan. "Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai cadangan sebelum ini kerana saya hanya dengar dan tahu melalui akhbar sahaja tiada sebarang kenyataan rasmi parti lagi. "Dalam mesyuarat ini sesiapa sahaja yang bawa cadangan boleh dibincangkan sebelum diputuskan secara sebulat suara," katanya kepada Utusan Malaysia keti...

Dr Mahathir Senang Kepimpinan Najib

Image
KULIM, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak kerana mempraktikkan ciri-ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara. "Saya telah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara dan merasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini," katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini Isnin malam. Beliau berharap Najib akan meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat. Dr Mahathir juga berkata beliau yakin krisis dalaman melibatkan beberapa parti komponen Barisan Nasional akan selesai sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya pemimpin-pemimpin parti berkenaan sedar bahawa penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti ...

DAP 'duri dalam daging'

Image
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin secara terbuka mengkritik kepemimpinan DAP terutama di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang. Sambil menyifatkan DAP sebagai 'duri dalam daging' yang sering menimbulkan banyak masalah dalam pembangkang, Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kepemimpinan tertinggi pembangkang perlu tegas dalam isu itu. "Saya melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang ketika ini ialah DAP sudah mula menunjukkan taringnya. Kalau hari ini, kita melihat banyak masalah dalam Pakatan Rakyat, ia adalah disebabkan oleh DAP. "Sebagai contoh, kejatuhan Perak yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum lalu, adalah juga disebabkan DAP. Sekarang kita dapat melihat ada wakil rakyat DAP di Selangor secara langsung campur tangan dalam isu pihak berkuasa tempatan selain mencabar Exco Pas untuk meletak jawatannya. "Kita ...

100 ahli PKR Lembah Klang masuk Umno

Image
MUHYIDDIN menerima borang menjadi ahli Umno daripada Norasidi  di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut memerhati, Timbalan Pengerusi  Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan). KUALA LUMPUR: Pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila 100 ahli dari beberapa bahagian di Lembah Klang, keluar parti kerana tidak percaya terhadap pemimpin parti itu yang lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, menerima borang kemasukan ahli PKR itu ke dalam Umno, diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim, di sini, malam tadi. Norasidi berkata, keputusan untuk keluar parti itu dibuat secara rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak dan ia dibuat selepas memperhalusi perjuangan parti itu. "Kami dapati perjuangan PKR tidak membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepemimpina...

Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

Image
BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Kritikan terbuka yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin pembangkang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini menunjukkan berlaku keretakan serius dalam pakatan itu dan hanya menanti masa untuk berpecah. Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berlaku disebabkan tiada persefahaman sesama mereka berikutan ideologi yang berbeza. "Disebabkan perkahwinan politik yang tidak berdasarkan kepada persefahaman, inilah yang berlaku. "Saya fikir keretakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang seumpama retak menanti belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan program Hari Mesra Bersama Menteri Pertahanan. Program sehari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan pameran oleh pihak-pihak terlibat. Beliau mengulas mengenai kerajaan negeri pimpinan ...

Guan Eng masih huni banglo mewah?

PULAU PINANG 7 Feb. - Walaupun hampir lapan bulan berlalu, namun tidak nampak sebarang tanda-tanda Ketua Menteri Lim Guan Eng akan berpindah dari banglo mewah di Jalan Pinhorn ke kediaman rasminya di Seri Teratai di sini. Anehnya, tiada juga sebarang proses pengubahsuaian dilakukan di Seri Teratai yang didakwa Setiausaha Agung DAP itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang yang digunakannya sebagai alasan untuk berpindah. Justeru, Pemuda Gerakan yakin Guan Eng sudah serasi dan tidak berkeinginan untuk berpindah dari kediaman mewah di No 25, Jalan Pinhorn itu. Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu dicerminkan daripada tindakan Guan Eng yang masih terus tinggal di banglo sewaannya itu meskipun masa yang diperuntukkan untuk melakukan operasi pembaikan atau pengubahsuaian telah tamat. ''Dulu dia (Guan Eng) kata akan pindah apabila kerja-kerja pengubahsuaian tamat. Tapi sehingga sekarang sudah lebih setengah tahun berlalu, namun dia masih t...

Rakyat semakin 'takut' kepada Guan Eng

Image
PULAU PINANG 7 Feb. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim digesa mendedahkan kepada umum kenapa beliau menggambarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang berfikiran bahaya. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini percaya sebahagian rakyat kini berada dalam 'ketakutan' berikutan kenyataan tersebut. Pengerusi Penerangan Kelab Sahabat Niaga (Kesan) Pulau Pinang, Syed Idrus Syed Abdul Rahman Al-Habshi berkata, dakwaan tersebut membuatkan rakyat tertanya-tanya kenapa Zahrain menggambarkan Guan Eng sedemikian. Menurutnya, sebagai rakyat, mereka berhak mengetahui siapa sebenarnya pemimpin tersebut. ''Sekarang kalau kita ke mana-mana termasuk di kedai kopi, pasti akan kedengaran orang ramai bercerita mengenai perkara ini. Mereka takut dan bimbang terhadap orang yang sedang mentadbir negeri ini. ''Apabila Zahrain kata Guan Eng berfikiran bahaya, kita tertanya-tanya beliau berbahaya kepada siapa, berfikiran bahaya ...

Rakyat kecewa dengan pentadbiran Guan Eng: Pak Lah

Image
KEPALA BATAS: Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran, pendirian dan sikap Ketua Menteri itu. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata perkara itu semakin nyata kerana mereka yang mengkritik adalah pemimpin parti dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Ini adalah satu tanda kelemahan yang wujud semenjak Guan Eng mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Menteri dan situasi ini akan berlarutan serta membawa kelemahan kepada kerajaan negeri. "Guan Eng patut tahu di antara peranan mengkritik dengan peranan mentadbir negeri yang amat jauh bezanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan angpau dan barangan sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini. Hadir sama, ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kepala Batas iaitu Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) dan Z...

Sudah Ada Petanda BN Akan Tawan Semula Kedah - Shafie

Image
PENDANG, 6 Feb (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin Umno terutama di peringkat bahagian, digesa supaya terus mendampingi rakyat kerana sudah ada petanda yang menunjukkan Kedah akan kembali ditawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata amat penting untuk menjuarai rakyat dengan cara turun hingga ke peringkat akar umbi untuk mendengar suara, sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. "Semangat perubahan sudah ada di Kedah dan pemimpin pastikan turun ke bawah untuk pastikan BN dapat rampas kembali (pentadbiran) negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Juara Rakyat Parlimen Pendang, di Kompleks Paya Mat Insun, dekat sini. Beliau berkata tanda perubahan dapat dilihat dengan jelas kerana setiap program yang dianjurkan BN khususnya Umno seperti Program Juara Rakyat, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan rakyat. Program Juara Rakyat d...