Posts

Showing posts from March, 2010

Ni sedeqah atau rasuah?

Image
“… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut: Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap). Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…” Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuh...

Keluarga Miskin Diusir Selepas Nasib Dilaporkan Media

Image
Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) membantu keluarga Rasilawati Mohamad (Dua kiri) dan anak-anaknya memindahkan barangannya keluar dari bilik belakang yang disewa di sebuah bengkel di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar semalam. ALOR SETAR: Dua jam selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, satu keluarga miskin diberi notis 24 jam supaya mengosongkan bilik yang disewa mereka di sebuah bengkel motosikal di Jalan Alor Mengkudu di sini. Rasilawati Mohammad, 38, berkata, mekanik bengkel itu memberitahu suaminya, Sabri Samad, 44, bahawa pemilik premis Zakaria Omar mahu keluarga mereka keluar dari bilik sewa itu segera. “Kami diberi masa hingga pukul 2 petang hari ini untuk keluar. “Suami saya menjemput Datuk Paduka Ahmad Bashah untuk mengadu masalah kami. Dan petang yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Alor Mengkudu, Abdul Rahman Ismail datang beritahu bahawa keluarga kami boleh tinggal ...

Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yang Tidak Dicucuk Hidung Oleh Pihak Luar

Image
SINTOK: Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin. Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan. "Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri. "Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan. "Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak...

BN Banyak "Bahan" Untuk Berdepan Pakatan PKR-DAP-PAS

Image
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak "bahan" untuk berdepan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR malam tadi. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "bahan" itu akan digunakan bagi menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan tentang siapa sebenarnya pakatan PKR-DAP-PAS. DATUK Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO memotong kek sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menerajui UMNO, sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti itu, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Mac. "Waktu kempen, macam-macam boleh berlaku tetapi kita mempunyai banyak bahan sekarang yang boleh kita gunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kualiti Guru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementeria...

Pendedahan Zulkifli Noordin Dilihat Bukti Pembangkang Sanggup Lakukan Apa Saja

Image
KUALA LUMPUR: Pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam mengenai tawaran kepada beliau untuk memburukkan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai satu bukti bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menabur fitnah untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. "Saya tidak hairan dengan cerita sebegini, sebab ia jadi kebiasaan pembangkang untuk fitnah dan lancar strategi provokasi untuk dapat kuasa," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Bung Moktar Radin di lobi Parlimen di sini hari ini. Anggota Parlimen Kinabatangan itu mengulas pendedahan Zulkifli di Dewan Rakyat bahawa beliau pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Zulkifli, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat, memberitahu Parlimen bahawa beliau pernah diminta me...

Empat wakil Bebas cabar Karpal nyata pendirian

Image
KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Bebas hari ini mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini. Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baru) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu bagi menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing. "Pertama, sebelum nak menjawab YB (Yang Berhormat) Karpal Singh, kami nak mencabar YB Karpal Singh untuk menjawab kenyataan Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, yang menuntut beliau meminta maaf melalui entri dalam laman webnya pada 8 Mac 2010, kerana kenyataan pada 8 Februari 2009 yang mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum bagi Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.  Beliau ...

Anwar enggan ulas pendedahan Zulkifli Noordin

Image
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita. KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan warta...

Mohsin tak akan sertai semula PKR

Image
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai (Bebas), Mohsin Fadzli Samsuri, tidak akan kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun berjaya menyelesaikan masalah dalamannya.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang, yang mahu mengadakan solat hajat terhadapnya supaya kembali ke pangkuan pembangkang. Mohsin berkata, beliau keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berikutan masalah dalaman parti yang gagal diselesaikan kepemimpinan PKR, malah mendakwa beliau tidak diterima pemimpin peringkat bahagian parti. “Saya tak akan patah balik (masuk PKR), maaflah, cabang (bahagian) sendiri tidak terima saya, ketua cadang kata mereka salah pilih calon,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.  Mohsin meninggalkan parti itu selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, manakala Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli No...

Baru ditegur Agung : Pembangkang mula tunjuk samseng

Image
Sekumpulan wakil rakyat keluar Dewan selepas desakan bahas usul keselamatan ditolak   KUALA LUMPUR: Tidak sampai 24 jam selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan Ahli Parlimen menjaga imej dan tingkah laku mereka, sekumpulan wakil rakyat pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat, semalam. KIT SIANG (tengah), Hadi Awang (kanan) dan Nasharudin Mat Isa bertindak keluar dari Dewan Rakyat, semalam. Mereka bertindak demikian selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menolak desakan mereka untuk membahaskan usul keselamatan dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebaik sesi soal jawab bermula pada jam 10 pagi selesai kira-kira sejam setengah kemudian, Hishammuddin bangun membacakan usul berbunyi: “Bahawa majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN) menjaga supaya selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan melalui lorong menuju ke dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui.  “Dan jangan ada apa-a...

Nilai rekod 50 tahun BN terajui negara dengan baik

Image
PUTRAJAYA 14 Mac - Rakyat perlu membuat penilaian terhadap rekod Barisan Nasional (BN) yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka tidak seharusnya terpengaruh sehingga beralih sokongan kepada pembangkang semata-mata kerana rasa tidak puas hati berkaitan isu-isu kecil. "Rakyat perlu menilai rekod baik BN selama ini dan terus memberi peluang kepada parti itu untuk meneraju dan memajukan negara. "Jangan bertindak ikut emosi sehingga 'membakar kelambu' semata-mata kerana seekor nyamuk," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat di sini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN ternyata berjaya memberi keselesaan kepada rakyat terutama kakitangan awam. Ini katanya, dapat disaksikan melalui pembangunan di Putrajaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Dalam ha...

Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti – ADUN Lunas

Image
KULIM 14 Mac – Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan negeri-negeri lain didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini. ADUN Lunas (Bebas), Mohd. Radzhi Salleh berkata, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai. Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini, Mohd. Radzhi berkata, beliau sendiri akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat ini. Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah ...

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

Image
ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa kecewa dengan pembangunan Kedah yang dianggapnya tiada menampakkan sebarang kemajuan sepanjang tempoh dua tahun ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR). Katanya beliau melihat Kedah mempunyai potensi yang besar untuk maju, namun apa yang disaksikan sepanjang dua tahun pentadbiran PR amat mengecewakan. Beliau berkata Langkawi merupakan aset utama negeri yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, tetapi kerajaan Kedah tidak peka dan gagal mengekploitasi potensi pulau lagenda itu. "Dalam soal ini rakyatlah yang rugi kerana tidak mendapat manfaat. Sebab itu saya menggalakkan anak-anak negeri Kedah supaya pulang dan bangunkan negeri ini bersama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Matrade bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini, hari ini. Sementara itu Mukhriz yang juga Anggota Par...

PKR hampir ulangi sejarah kegagalan parti serpihan

Image
IMLAN ADABI Kemelut dalaman, isu moral, agenda perjuangan Anwar semakin gugat keyakinan rakyat DATUK Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui secara terbuka Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilanda masalah, selepas merayakan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum, 8 Mac 2008. Jika dua tahun lalu beliau dengan lantang menyuarakan projek 16 September untuk menawan Putrajaya, kini Ketua Umum PKR itu mengakui keadaan sudah berubah dan parti serpihan Umno itu berdepan pelbagai kemelut dalaman yang boleh menggugat keyakinan rakyat. "Ini masalah kita, ada pengajaran juga... sekarang ini Keadilan (PKR) menghadapi masalah sedikit, tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong, Melaka, minggu lalu. Beliau terpaksa berkata demikian kerana tiga anggota Parlimennya � Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti da...

Kerajaan pakatan boleh dianggap gagal - TPM

Image
KUALA LUMPUR 8 Mac - Pakatan pembangkang boleh dianggap gagal berikutan ketidakupayaan untuk mengumumkan kepada rakyat segala program yang telah dijalankan dalam tempoh dua tahun mereka berkuasa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelemahan yang wujud pada pakatan itu adalah amat jelas jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk rakyat termasuk program transformasi kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB). Beliau berkata, kerajaan BN juga telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan ini terbukti apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini diunjurkan sebanyak lima peratus. "BN telah banyak laksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum lalu. Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) belum sampai setahun pentadbirannya, kita boleh lihat banyak perancangan jelas berasaskan gagasan 1Malaysia. "Dalam tempoh dua tahun pa...

Wan Azizah gagal dan wajar letak jawatan - Zulkifli

Image
  KUALA LUMPUR 8 Mac - Selepas dua hari dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan didesak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Presiden parti itu. Ini kerana, menurut beliau, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Wan Azizah juga, kata Zulkifli, gagal memimpin parti sehingga menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semakin ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi turut meninggalkan parti. "Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. "Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putr...

Mahfuz minta PAS tolak Zulkifli

Image
PETALING JAYA: Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang. Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu. "Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut. "Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya di sini, hari ini. Beliau yang sebelum itu hadir pada sidang media ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangka...

Dihukum kerana Kritik MP PAS : PAS Sedia Terima Zulkifli

Image
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS. "PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli. "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP. Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongk...

Saya Dihukum Tanpa Diberi Peluang Membela Diri - Zulkifli

Image
  KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri. Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR. "Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. "Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam,...

PKR Kedah Mula Goyah, Dakwa Ahmad Bashah

Image
  ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah juga semakin goyah apabila ramai penyokong dan pemimpin parti berkenaan berhasrat keluar parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan parti berkenaan serta kecewa dengan pelbagai masalah yang melanda parti itu. "Ramai yang mengeluh tidak puas hati dengan corak kepimpinan dan permasalahan yang tidak pernah padam dalam pemimpin parti itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Skuad Sayang' Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, di sini, pada Sabtu. Ahmad Bashah berkata setakat ini tidak ada wakil rakyat PKR yang berjumpa dengan beliau atau mana-mana pemimpin UMNO bagi menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti tersebut. "Yang ada hanyalah penyokong dan pemimpin di beberapa peringkat yang mahu meninggalkan PKR dan saya ingin tegaskan bahawa tindak...