Najib mahu rakyat nilai sendiri peribadi Penasihat PKR HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menilai sendiri kepemimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini hilang sokongan selepas ramai kenalan rapatnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu. Perdana Menteri berkata, mereka yang keluar daripada parti itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu. NAJIB bermesra dengan orang ramai ketika tiba untuk majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan, di Dewan Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, semalam. Hari ini mereka yang menyokong kuat itu mengambil keputusan keluar daripada parti itu, satu demi satu hilang kepercayaan kepadanya (Anwar). Mereka bukan orang biasa yang rakyat tidak kenal tetapi mereka ini sangat rapat dengannya (Anwar), malah ada mengenalinya selama 30 tahun. Hari ini mereka ini tidak lagi percaya pada pemimpin ini, apakah ke...