Posts

Kenapa PR diketuai DAP Anti-Lynas?

Image
Lynas adalah syarikat yang membuka kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang. Apa itu nadir bumi? Nadir bumi secara ringkasnya adalah unsur yang diperlukan untuk menghasilkan peralatan elektronik. Hasil dari nadir bumi inilah kita akan dapat menghasilkan peralatan elektronik yang kecil dan ringan seperti ipod nano dan I phone. Nadir bumi adalah kuasa untuk masa hadapan. Sama seperti petroleum pada sekarang ini. Negara yang memproses nadir bumi pada masa hadapan mempunyai kuasa sama seperti negara yang memproses petroleum pada masa kini. Buat masa ini, china mengeluarkan 97% jumlah keseluruhan nadir bumi. Bayangkan kuasa monopoli yang ada pada negara china. Bayangkan jika suatu hari nanti china menggunakan kuasa monopoli untuk mengurangkan pengeluaran nadir bumi. Kuasa yang sama seperti US ada apabila menghadkan pengeluaran petroleum pada zaman sekarang. Atas alasan inilah pakatan rakyat yang diketuai DAP bersungguh2 memburukkan projek nadir bumi di malaysia. Kit...

@MbNizar Ad-DAP Meroyan, Menghasut dan Derhaka @HRHJohor2

Image
Tweet Nizar semalam. Lahirnya seperti orang yang punya hati yang busuk lagi keji! Entahlah aMat, apa nak jadi dengan Ahli Parlimen yang juga ADUN Pasir Panjang Perak aka mantam MB Perak tajaan DAP ni. Semua yang tidak menyebelahinya, pasti dikritik dan dikeji. Terbaru berkaitan pembelian tender no pendaftaran 'WWW 1' yang diperolehi oleh Duli Tuanku Sultan Johor. Umum semua rakyat tahu yang Tuanku juga setiap tahn mengeluarkan zakat kepada fakir yang layak dan sudah pastilah pembelian no pendaftaran ini yang berharga RM520,000.00 adalah di dalam bidang kemampuan Duli Tuanku. Tunku Mahkota Johor Siapa kita untuk pertikaikan. Kalau itulah pertikaiannya, elok juga rasanya Nizar jualkan Camrynya dan gunakan saja kereta Unser lama. Boleh juga duit yang terhasil dari jualan kereta mewah Camry tu, digunakan untuk rakyat miskin yang lain. Mesti la laju. Kalau tak, takkan sampai jadi gini...kenapa? Bayangkan... Lagi pula, Nizar pernah kemalangan da...

Selamat Hari Ibu @AzminAli

Sempena Hari Ibu, saja Mat nak shar video ni...apa punya anak si Assmin ni Azmin Ali: Tangisan Seorang Ibu...Bertaubatlah! Hajjah Che Tom adalah Ibu kandung Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau amat berkecil hati dan sedih kerana tidak dipedulikan Azmin Ali. Ada terjadi sewaktu Azmin Ali melawat Parlimen Gombak berdekatan dengan rumah Ibunya, namun Azmin tidak singgah mahuPun bertanya khabar dari Ibu kandungnya. Perbuatan Azmin diibaratkan Si Tanggang Moden sehing tertitisnya Airmata seorang Ibu....Tonton dan Fikirkanlah.

@DrBadrulamin Ulama Hebat!!!

Hebat tuturkata, bahasa, cacian dan perbuatan. Menggelar bekas Mufti Perlis dengan gelaran 'Bapak Setan'. Dalam Ceramahnya ini, Badrul amin juga menyebut 'terasa' mahu 'pancung saja kepala Dr. Asri'. Namun Allah jadikan kejadian agar ianya untuk dijadikan Iqtibar kepada kita rakyat semua...'Badrul Amin ditangkatp berduaaan dengan isteri orang jam 3am'...kenapa bodoh sangat sehingga tak reti nak ajak 'isteri orang' itu berbual diruang legar (lobby) yang tidak menimbulkan fitnah?

#1Malaysia Terbaik!!!

Image
Fakta minyak yang disorokkan pakatan rakyat. 1)Brazil negara ke 13 pengeluar minyak tetapi harga minyak dinegara tersebut dijual rm4.57. Sebagai perbandingan, malaysia di ranking ke 27 pengeluar. 2) Jumlah subsidi di malaysia adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK malaysia adalah sebanyak rm682.66 billion manakala brunei jauh lebih kecil sebanyak rm 36.88 billion. 3) Negara2 arab yang merupakan anggota OPEC (pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini berbeza dengan malaysia kerana kadar permintaan di malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, malaysia tidak layak menganggotai OPEC Kesimpulan; ketika kuasa ekonomi seperti china terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir diantara kita di malaysia ini kononnya lebih bijak dengan manabur janji dengan mencipta keajaiba...

@ZambryAbdKadir Minta @MbNizar Hentikan Hiprokrasi

Image
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.

#Nalla Terima Surat Berunsur Ugutan Sejak Dedah Peribadi @AnwarIbrahim

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan menerima sepucuk surat berunsur ugutan setelah beliau mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin biseksual baru-baru ini.

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat Maut, Tiga Cedera Selepas MPV Dinaiki Terbabas

Image
Kereta MPV yang terbabit terbabas dan melibatkan kematian kepada 2 orang AJK UMNO Hulu Langat...Al Fatihah PUTRAJAYA, 28 Mac - Dua Anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat meninggal dunia dan tiga cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu di Persiaran Selatan dari arah Dengkil ke Putrajaya dekat sini, Rabu.

Dahsyat la @AnwarIbrahim...RM600 juta!!!

Image
Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM600 juta untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13. RPK, yang juga bekas pengendali Free Anwar Campaign (FAC) merumuskan hanya dengan faktor dana sahaja Ketua Umum PKR itu mampu merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7.

PAS Kedah...Retak Menanti Belah!!!

Image
YB Datuk Dr. Ismail Salleh INI pengakuan seorang dari dua exco yang enggan dilantik semula dalam kemelut pentadbiran kerajaan PAS Kedah baru-baru ini, Datuk Dr Ismail Salleh (gambar) menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai seorang yang keras dan degil yang menjadi punca kemelut yang berlaku. Beliau yang memegang potfolia Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama bersuara sejak kecoh-kecoh yang melanda PAS Kedah itu.

Punggah!!! Krisis PAS Kedah Semakin Kronik!

Image
Pakat celaru...kuasa duniawi punya pasai! Ambik hangpa, karma la ni! Kalau mengikut perkembangan terbaru dalam krsis PAS Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub tentu orang yang paling risau dan pening kepala sekarang. Ini kerana beliau yang dihantar oleh PAS Pusat untuk 'misi damai' antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dengan puak Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan geng dengan bergaya telah membuat kenyataan bahawa hasil pertemuannya dengan kedua pihak 'POSITIF'.

Media Sosial 'Api Dalam Sekam' - @1_Agenda @ZulAzharCha

Media Sosial sememangnya medium yang terkini dan digemari serta digunapakai terutama oleh golongan muda. Budaya songsang dengan memuat turun atau paparan berita yang berbaur fitnah dan bersifat pecah-belah, dikhuatiri boleh membawa kemudharatan kepada negara bangsa jika hasutan serta propaganda ini tidak dikekang.

Surat Tun M: @AnwarIbrahim Malu!

Image
DS Hishammuddin berkata pendedahan surat-surat bekas PM Tun Dr Mahathir kepada PM Israel, jelas menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim untuk cuba menyamakan pendirian beliau & Tun Mahathir mengenai isu hubungan dengan Rejim zionis itu. Katanya tindakan Anwar itu bukan sahaja gagal untuk cuba mengalih pandangan rakyat malah telah terpalik semula kepada beliau yang sering bersikap tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah mengikut pertimbangan politik.

Rela Undur Diri..Bukti @DrBadrulamin Bersalah?

Image
Nak tanya..nak dikepit Badrulamin tu, Isteri atau Mak dia...??? "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron. Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

PR terus 'diserang' Hasan, dakwa fokus Pas hanya Putrajaya

Image
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,  Datuk Dr. Hasan Ali menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam. Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.

Yayasan S'ngor lelong asrama untuk kepentingan komersial

Image
SHAH ALAM: Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri. Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN). Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan.. .seterusnya>>>

Cuma Tunggu Polis Sahkan...Eliwonge!!!

Image
Walaupun kalau ikut cerita media Indonesia mengenai Azmin Heli, boleh kata 99.99 peratus lelaki yang sama diburu polis berikutan penyebaran gambar tak senonoh Exco Selangor Elizebert Wong, tapi secara rasminya pihak berkuasa Malaysia belum terima pengesahan dari polis Indonesia mengenai identiti sebenar lelaki tersebut. Media sebelum ini heboh mengenai penahanan Azmin Heli itu selepas Sekreteriat Akhbar Pejabat menteri Besar Selangor keluar kenyataan sedang meneliti laporan mengenai lelaki tersebut, yang dipercayai bekas teman lelaki  Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas... selanjutnya>>>

@DrHasanAli Serlahkan Kemunafiqan PAS!!!

Image
Perkara ini memang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun PAS cuba untuk melindunginya, tetapi pekung tetap juga berbau. Kalau sebelum ini mereka kata yang isu berkaitan dengan pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali tidak memberi kesan kepada PAS, ianya adalah bohong semata-mata. PAS secara keseluruhannya memang menerima tamparan yang cukup hebat setelah mereka mengambil tindakan tersebut.   seterusnya>>>

@KhalidSamad Adalah Parasit!!!

Image
HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam. Seperti yang dijanjikan kepada Rakyat, semalam, Dr Hasan Ali telah mendedahkan siapakah parasit yang dimaksudkan. Hasan Ali semasa ceramahnya juga memberitahu bahawa Khalidlah antara yang paling 'menyibuk' untuk membebaskan isu DUMC yang terlibat memurtadkan Islam.

Ketua Polis Negara Meninggal? @HishammuddinH2O

Image
Tan Sri Ismail Omar. Itu hanyalah khabar angin dan fitnah yang sememangnya dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kerja depa, doa untuk orang lain mati dan bala pada musuh mereka sedangkan kita asyik berdoa agar Allah rahmati Malaysia (termasuk mereka-mereka yang busuk hati).