Posts

GEMPAR-1000 Ahli PKR Ijok Keluar Dari Parti- Dun Selangor Bubar

Image
Info yang diterima pada lewat malam tadi dari rakan Blogger Saudara Oyabun dijangkakan akan berlaku pembubaran cabang PKR Ijok yang mana merupakan kawasan MB Selangor Khalid Gagap pada tengah hari ini. Di jangka kan seramai 1000 ahli PKR akan keluar dari Parti. Dato Noh Omar juga di jangkakan akan hadir ke lokasi pembubaran cabang PKR ini. Apakah ini satu permulaan penolakan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Khalid Gagap? Ataupun rakyat Selangor sudah tidak tahan dengan karenah Pakatan Pas, Dap dan Pkr yang nampaknya hanya menabur janji kosong semasa pilihanraya yang lalu? Apa yang pasti satu lagi episod Hitam dalam Pakatan Pembangkang Pas, Dap dan Pkr ini akan berlaku. Malah dengan pembubaran Cabang PKR ini juga ada kedengaran desas desus akan PEMBUBARAN DUN SELANGOR pula. Di harapkan Dun Selangor dapat dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya untuk menentukan pilihan hati Rakyat Selangor itu sendiri. Psssttt....Hassan Ali dah ready untuk apa sahaja.......he he he PA...

Strategi Malaysian Malaysia!

Image
Sebenarnya dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, kita tidak berasa dibezakan dan tidak berasa terancam tetapi apabila ada pihak yang membangkitkan soal ‘kontrak sosial’ maka apa yang selama ini diyakini sebagai nilai untuk jaminan hidup bersama telah dirasakan sebagai ancaman. Hal ini adalah lebih merupakan soal perasaan atau emosional dan bukannya rasional. Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) pernah berucap di Parlimen yang ketika itu masih dalam Malaysia dengan menimbulkan soal hak bagi setiap kaum untuk bercakap dalam bahasa ibunda di rumah masing-masing yang tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Realitinya tidak ada pihak yang hendak menyekatnya, tetapi oleh kerana bahasa Melayu pada ketika itu diletakkan sebagai bahasa rasmi negara maka apabila LKY menimbulkan soal itu, timbul syak wasangka seolah-olah kerajaan akan menguatkuasakan peraturan itu di rumah. Inilah kebijaksanaan LKY memainkan api perkauman untuk kepentingan mendapat sokongan terhadap Malaysi...

Hijrah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik

Image
Najib Tun Razak BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1431H pada tahun ini dalam suasana tawaduk, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sambutan ini mempunyai keunikan dan signifikan besar kepada perjuangan dan perkembangan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari ini. Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah satu perancangan strategik yang dijana melalui pemikiran berasaskan daya kreativiti dan inovasi melalui penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’, sesebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan. Khaira Ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi. Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha pembangun...

Pas hilang kuasa mutlak?

Image
Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my   "Marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu, Islam memimpin perubahan. Pas ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat." Kata-kata ini dilafazkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jun lalu. Berdasarkan kepada ucapan ini, Pas mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menjadi parti utama di pentas politik nasional. Tetapi semua impian Pas itu hanya akan menjadi sekadar impian jika Konvensyen Pakatan Pembangkang pada Sabtu ini merealisasikan matlamat pakatan itu mewujudkan satu landasan gabungan parti yang mutlak bagi menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermakna PKR, DAP dan Pas akan bertanding dalam pil...

HASUTAN PERKAUMAN MELAMPAU (Blog Anti Hipokrit)

Image
BUKTI apa lagi yang diperlukan untuk MENYIASAT HARAM JADAH ini? Jika ini kenyataan Ahmad Ismail UMNO Bukit Bendera, sudah tentu gegak gempita Malaysia dan PM 1Malaysia akan meminta maaf bagi pihak UMNO (Bacul) Tetapi si Haram Jadah ini dengan beraninya melanggar Perlembagaan, Sensitiviti kaum dan Hidup bernegara semata-mata mempertahankan idea KECINAANnya. PAS!!! Inilah THE REAL ASSOBIYAH yang kamu dok kata selalu pada UMNO. Dan seperti biasa dia tahu, tiada tindakan yang akan dikenakan. Inilah masanya untuk BN merampas semula Pulau Pinang dari genggaman Haram Jadah LGE. Bukti sudah ada, dan masih belum dinafikan oleh tuan punya badan iaitu Khalifah Lim Guan Eng. Dan jika benarlah itu kenyataannya terbuktilah niat sebenar DAP dan Lim Guan Eng yang sedang mabuk dengan kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang . - Apakah salahnya Melayu di mata mereka ini semua? - Apakah dosanya Melayu kepada kaum yang pada mulanya datang ke Tanah Melayu dengan tongkang dan diberi Kerakyatan se...

Nik Aziz tidak konsisten?

Image
Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my   APAKAH pendirian sebenar Datuk Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran banyak pihak apabila secara tiba-tiba pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan itu memuji keberanian Perdana Menteri melawat wilayah yang bergolak di selatan Thailand pada 9 Disember lalu. Dalam kenyataan yang dibuat selepas merasmikan "Seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan," di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, Nik Abdul Aziz menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani. Malah Mursyidul Am Pas itu juga berkata, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand minggu lalu dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan. Mungkin dari satu segi kita boleh sahaja menerima pujian yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada Najib kerana sememangnya lawatan Perdana ...

Umno Lancar Program Juara Rakyat Bermula Jan Depan

Image
MELAKA, 14 Dis (Bernama) -- Umno akan melancarkan program raksasa "Umno Juara Rakyat" bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga. "Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh, di sini Ahad malam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang. Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktir...