Posts

Muhyiddin Yakin Kota Siputeh Tidak Akan Terpinggir

Image
KODIANG, 6 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin Kota Siputeh tidak akan terpinggir daripada arus pembangunan kerana penduduknya masih mengutamakan perpaduan. Timbalan Perdana Menteri bangga dengan semangat perpaduan yang kental di kalangan penduduk terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh itu dalam pelbagai kegiatan. Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat Kedah di Kota Siputeh dekat sini pada Sabtu, beliau berkata, pembangunan akan tetap mengalir di kawasan masyarakat yang mengutamakan perpaduan. Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengatur program yang bertujuan mengesan masalah masyarakat dengan pemimpin di peringkat nasional turut turun ke padang. Antaranya melalui program Juara Rakyat yang menyaksikan lebih 20,000 penduduk Kota Siputeh turut menyertainya dalam pelbagai kegiatan, tambah beliau. Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno bah...

Angkuh, Cauvinis dan Perkauman Punca Masalah Pakatan Rakyat - Zulkifli Noordin

Image
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin secara peribadi berpendapat punca masalah Pakatan Rakyat adalah sifat angkuh, cauvinis serta perkauman pucuk pimpinan DAP.  Menurutnya, punca tersebut turut membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. "Itu adalah aduan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Yang Berhormat (YB) Hee (Yit Foong), YB Jamaludin (Mohd Radzi) dan YB (Mohd) Osman (Jailu). Apabila mereka mengadu menggunakan saluran parti, tiada apa-apa yang berlaku. "Hakikatnya, seperti biasa, mereka dicap sebagai ejen Barisan Nasional. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah bukannya tidak mengendahkan aduan tersebut," katanya kepada mStar Online di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, ini terbukti dengan cara Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulannya menyelesaikan masalah di negeri itu. Katanya, Lim melabelkan ahli-ahli PR yang mengkritik mereka sebagai ejen BN, pelampau, pengg...

Umno tunggu pendirian tetap Pas: Najib

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, umpama cuaca yang sentiasa berubah. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau mahu menunggu pendirian yang tegas dan tetap daripada Pas sebelum membuat keputusan untuk duduk berbincang bersama parti itu. Najib berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Kampung Baru di sini pagi ini. Kelmarin, Nik Aziz melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Umno dalam usaha menegakkan kepentingan umat dan agama Islam di negara ini. Beliau mengakui pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan Umno sejak lebih 50 tahun lalu, tidak menguntungkan mana-mana pihak. Pas perlu tetapkan pendirian sebelum bincang: PM KUALA LUMPUR: Pas perlu lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata, pendirian tegas Pas amat diperl...

Pemimpin Umno terima baik cadangan Nik Aziz

Image
ALOR SETAR: Pemimpin Umno menerima baik cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mahu Pas dan Umno duduk semeja berbincang bagi menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti itu. Namun pada masa sama mereka mahu Nik Aziz serius berhubung perkara itu dan bukan bermain sandiwara untuk tujuan tertentu. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Umno sentiasa mengamalkan dasar terbuka sekiranya Pas benar-benar ikhlas mahu mengadakan rundingan demi kepentingan Melayu. "Umno sudah lama bersedia mengadakan rundingan dengan Pas tetapi bila ia hendak dilaksanakan timbul pula masalah," katanya. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata beliau menyokong cadangan itu, tetapi keliru dengan pendirian Nik Aziz yang sebelum ini berkeras menolak rundingan antara kedua-dua parti. "Saya berharap Nik Aziz bukan sekadar omong kosong kerana sebelum ini beliau pernah menyelar tiga pemimpin tertinggi Pas yang berusaha ke ara...

Zaid akui ahli PKR tidak berdisiplin

Image
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim, mengakui ahli parti itu tidak berdisiplin sehingga menyebabkan beliau 'menegur' parti berkenaan. Teguran itu, katanya mengakibatkan dirinya pula berdepan tindakan daripada Lembaga Disiplin parti berkenaan. “Saya rasa PKR perlu disiplin... dari segi cara ahli kita, pandangan dan sebagainya. Jika kita tidak ada disiplin, bermacam-macam orang akan bercakap itu dan ini...dan kualiti keahlian kita lemah. “Justeru, kita perlu disiplin dari segi perjuangan, prinsip, dasar... maka sesiapa yang melanggar itu, kita kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program `Hak Ditunda, Hak Dinafi’ di sini, semalam. Program anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) itu adalah bengkel mengenai hak tanah adat untuk golongan Orang Asli. - Berita Harian

GEJUT KEDAH : Bawa 200 ahli keluar parti

Image
SIK: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cawangan Sik, Mohd Sofian Ahmad, bersama lebih 200 ahlinya mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) untuk menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu, semalam. Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas mereka terkilan dengan pucuk pimpinan parti itu yang disifatkan hanya memperjuangkan kepentingan diri dan bukan nasib rakyat. Beliau berkata, pihaknya sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan sia-sia ini selain berasa tertipu dengan agenda perjuangan parti yang kononnya mahu membela nasib rakyat. “Pemimpin PR hanya pandai bercakap daripada melaksanakan tanggungjawab untuk membela rakyat khususnya di kawasan pedalaman. “Banyak masalah berlaku dalam PR, termasuk sikap tunjuk kuasa DAP yang sering berdolak-dalik dalam sesuatu hal,” katanya di sini, semalam. Mohd Sofian berkata, mereka akan menyertai Umno kerana yakin dengan perjuangan parti itu yang lebih serius memperjuangkan hak rakyat ter...

Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini

Image
ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini. Sejurus tiba pada pagi itu Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta keempat-empat sayap Umno Bahagian Jerlun di Wisma Umno Jerlun. Selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan program Juara Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang (SMKS), Air Hitam, 25 kilometer dari sini. Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang bermula pada Jumaat akan dipenuhi dengan acara seperti sukan rakyat, pertandingan aspek wanita, marhaban dan berendoi manakala forum perdana berlangsung pada sebelah malam di tempat sama. Sejumlah 30 gerai menjual barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan turut didi...