Wan Azizah gagal dan wajar letak jawatan - Zulkifli
KUALA LUMPUR 8 Mac - Selepas dua hari dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan didesak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Presiden parti itu. Ini kerana, menurut beliau, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Wan Azizah juga, kata Zulkifli, gagal memimpin parti sehingga menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semakin ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi turut meninggalkan parti. "Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. "Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putr...