KOTA BHARU 8 April - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan status siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Ketuanya, Anuar Sapian berkata, semua pihak terutama rakyat di negeri ini mahu mengetahui status sebenar kes tersebut apatah lagi siasatan berkenaan telah memakan masa yang terlalu lama. Katanya, timbul beberapa isu baru juga membabitkan Nik Abdul Aziz yang didedahkan dalam laman blog dan seharusnya diberikan perhatian SPRM. "Pemuda dan beberapa individu telah membuat laporan SPRM berhubung isu Nik Aziz dan menantunya sejak tahun lepas tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan atau kenyataan mengenainya dibuat oleh suruhanjaya itu. "Sebelum ini, iaitu pada pertemuan dengan SPRM pada November lalu, kami dimaklumkan bahawa siasatan meng...