Posts

Ketua Polis Negara Meninggal? @HishammuddinH2O

Image
Tan Sri Ismail Omar. Itu hanyalah khabar angin dan fitnah yang sememangnya dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kerja depa, doa untuk orang lain mati dan bala pada musuh mereka sedangkan kita asyik berdoa agar Allah rahmati Malaysia (termasuk mereka-mereka yang busuk hati).

@HishammuddinH2O Cabaq PKR Ulas Isu @AnwarIbrahim Sokong Israel

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin meminta pemimpin-pemimpin PKR agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yg menyokong usaha melindungi keselamatan Israel. 'Saya juga nak tahu apa pandangan parti komponen pakatan pembangkang. Apa pendirian rasmi DAP, PKR dan Pas'. Soal beliau pd sidang media sempena majlis sambutan Tahun Baru Cina di Paloh hari ini. Beliau sendiri tidak terkejut dgn kenyataan Anwar itu khususnya kpd media antarabangsa. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kerajaan Selangor Penakut!!! @KhalidSamad @DrHasanAli

Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini. Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim. Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan. Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang. Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dip...

@SyedHusinAli Saman Utusan Dan @ZulkifliNoordin

Image
Syed Husin Ali pada Jumaat memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan dua lagi berhubung artikel yang didakwa memfitnah beliau. Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh.

NFC Tidak Gagal - @NohOmar

Image
Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

Siapa Mazlan Aliman..Pembela atau Pembala!

Image
BERHAKKAH MAZLAN ALIMAN HALANG PENEROKA TERIMA HAK/FAEDAH MEREKA? ✓     ‪ Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.‬ 

Himpunan Media Sosial Negeri Pahang Dan Jelajah MyVo1ce

Program ini adalah susulan dari Program peringkat pusat, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 November 2011 yang lalu. Untuk negeri Pahang, Program ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob. Sama seperti yang dilancarkan, Jelajah MyVo1ce juga adalah kesinambungan gerakan sukarelawan dan aktivis media sosial Pro BN dan kali ini pengisiannya lebih terperinci.