Posts

Showing posts from November, 2009

Nik Aziz guna agama untuk politik: Muhyiddin

Image
KUALA LUMPUR: Niat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan adalah kesalahan besar daripada segi agama. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai tokoh agama sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang seagama dan sebangsa dengannya. "Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama. "Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyata...

Anwar pernah peralatkan BTN - Mukhriz

Image
Oleh Muzdalifah Mustapha pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kursus Biro Tata Negara (BTN) pernah dijadikan landasan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadi termasuk menonjolkan diri bagi meraih sokongan rakyat. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa objektif BTN telah berjaya dan kesan daripada kaedah yang digunakan juga berkesan. Malah kata beliau, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga pernah membangkitkan semangat rakyat menerusi BTN dengan berjanji untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka. ''Kita ada menerima laporan ketika BTN dijalankan, Anwar dalam dewan yang gelap merintih untuk membangkitkan semangat peserta dengan mengatakan akan menjelma seorang pemimpin agung yang akan menyelamatkan negara. Tiba-tiba dewan menjadi terang dan menjelma gambar beliau. ''Jadi, kalau Selangor haramkan BTN, biarlah mereka sendiri yang jawab kenapa...

Najib Musykil Dengan 'Doa' Nik Aziz

Image
Daripada MUIN ABDUL MAJID PORT OF SPAIN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Perdana Menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman. "Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan. "Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad. Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakya...

Taktik nik aziz alih isu menantu dan tajaan haji

Image
Oleh Zulkiflee Bakar zulkifli.bakar@utusan.com.my MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat memahami bahawa isu pelantikan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menjejaskan imej kerajaan negeri pimpinannya. Walaupun Ariffahmi sudah diminta meletakkan jawatan pada minggu lalu, namun ia sama sekali tidak mampu memperbaiki imej Nik Abdul Aziz dan pentadbirannya kerana didakwa mengamalkan kronisme - satu tuduhan yang selama ini kerap kali ditujukan oleh Pas kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Tidak cukup dengan isu itu, Nik Abdul Aziz juga berhadapan dengan persepsi serong masyarakat dan penyokong Pas apabila beliau mengesahkan bahawa sebuah syarikat akan menaja beliau menunaikan ibadah haji. Walaupun akhirnya beliau membatalkan pemergian itu tetapi isu tajaan ini tetap menjadi bualan kerana ramai yang mempersoalkan kenapakah beliau menerima tawaran berkenaan pada peringkat awalnya dan motif di s...

Anwar gugat Pas?

Image
PENDEDAHAN Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa perjalanan parti itu tidak seimbang dan bergegar sepanjang masa kerana wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan, mengundang persoalan besar. Menurut Nasruddin, disebabkan wujud suara luar, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan parti berkurangan selain trend menghentam secara terbuka. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri. Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat,” katanya menerusi blog yang turut disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin. Awang melihat kenyataan Nasruddin cukup berani dalam mengakui masalah dalaman parti itu yang kemelutnya kian merumitkan. Persoalannya pengaruh atau suara luar manakah yang dimaksudkan? Ia terserah kepada tafsiran tetapi beberapa pemimpin Pas mengaitkannya dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Sudah banyak kali Awang menulis termasuk dalam ruangan ini tentang b...

Doa & Hasrat Nik Aziz tak masuk akal - Hishamuddin

Image
KLUANG 29 Nov. – Tindakan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO adalah tidak masuk akal. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbuatan tersebut tidak wajar dan seolah-olah cuba mengalihkan pandangan umum terhadap pelbagai masalah dalaman yang sedang dihadapi parti itu ketika ini. Beliau berkata, UMNO tidak pernah mendoakan Pas berpecah-belah apatah lagi bertindak melaga-lagakan pemimpin parti itu seperti yang dituduh mereka selama ini. "Pas kata kita macam-macam termasuk menuduh pemimpin UMNO sebagai firaun, penjaga babi, rasuah serta mengkafirkan ahli-ahli UMNO. "Tetapi Tuhan tunjukkan banyak perkara yang mereka lakukan selama ini akhirnya tempias terkena diri mereka sendiri,'' katanya. - Utusan

Kolonel Mat, rupanya dah meninggal pada 7/10/2003

Kecoh dalam semua akhbar dan saluran media baru berkaitan seorang yang bernama Kolonel Mat. Namya disebut oleh Nik Aziz dan alangkah tersohornya Kolonel Mat ini sehinggakan Nik amar, Timb. Pesuruhjaya III Pas Kelantan pun tak pernah mendengar nama itu. Untuk mengkuti, penceritaan selanjutnya mengenai Kolonel Mat, sila klik di sini>>>

Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa 'Kolonel Mat'

Image
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan. Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak 'Kolonel Mat' adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat'. Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz. "Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai 'Kolonel Mat' dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz. "Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar.....

Suara luar gugat Pas

Image
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Perjalanan Pas sebagai salah sebuah parti politik di negara ini dilihat tidak seimbang dan ‘bergegar sepanjang masa’ ekoran wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan Pas dengan mudah. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pucuk pimpinan parti yang semakin berkurangan selain trend menghentam pimpinan secara terbuka juga menyebabkan Pas berada pada kedudukan seperti itu. Beliau berkata, dalam masa sama rahsia parti seperti kandungan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri. Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam Pas,’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam laman blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Nasrudin berkata, berdasarkan pengamatannya keadaan itu wujud disebabkan terdapat sebahagian pemimpin dan anggota Pas agak berlebiha...

Doa Tok Guru Nik Aziz Untuk Najib Razak dan Zahid Hamidi - Malaysia News

Apakah ALLAH sedang 'membalikkan balaNya' kpd Nik Aziz dan keluarganya...hanya ALLAH yg Maha Adil lagi Maha Mengetahui...

Sedutan artikel dari blog KICKDEFELLA berkaitan Nik Aziz & Menantunya

Image
- Surat Daripada Nik Amalina, isteri Ariffahmi. klik utk baca>>> - Sudah Terlewat Untuk Nik Aziz Berundur. klik utk baca>>> - Usah berdalih Ariffahmi, Kita Jumpa Di Mahkamah bila-bila masa. klik utk baca>>> atau klik disini untuk ke blog KICKDEFELLA bagi membaca sendiri kekalutuan Pas Kelantan dan Menantu Nik Aziz.

Drama Pas Kelantan calar imej Nik Aziz

Image
DRAMA dalaman Pas Kelantan semakin menarik. Di kala Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa mengatakan dia bukan calon yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat, merayu supaya jangan siapa menghalang ayahnya daripada meletak jawatan. Nik Mohamad Abduh dalam blognya secara tegas berkata: “Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”. Nyata ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mursyidul Am Pas yang kini diselubungi kesedihan yang tidak kunjung padam, sehingga niatnya untuk menunaikan haji di Makkah tahun ini terpaksa dibatal. Nik Mohamad Abduh di dalam blognya tidak menyembunyikan kekecewan terhadap beberapa individu Pas yang mencetus pelbagai kontroversi, sehingga membuatkan ramai berasa sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur daripada kepemimpi...

Hidupkan Aidiladha dengan ibadah korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

Image
Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban. Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripad...

HINDRAF buat hal lagi...

Image
PERTUBUHAN Hindraf mengadakan mogok lapar untuk mendapatkan 18 tuntutan masyarakat India daripada Perdana Menteri di pekarangan KLCC, hari ini.

Husam tidak mahu jawatan MB Kelantan...boleh percaya ka?

Image
KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berkata, Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan. "Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior. "(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap sindrom down di Kampung Becah Keranji dekat sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam Pas Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu. B...

'Asyik cari salah BN, rupanya Pas lebih teruk'

Image
HULU TERENGGANU 24 Nov. - Pas yang asyik mencari salah Barisan Nasional (BN) rupa-rupanya dibelenggu krisis lebih teruk termasuk yang terbaru membawa peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkembangan melibatkan menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak ubah seperti 'meludah ke langit terpercik ke muka sendiri'. Menurutnya, ia membuktikan Pas sebenarnya lebih teruk berbanding tohmahan-tohmahan yang dilemparkan pimpinan parti itu terhadap BN atau UMNO selama ini. "Mereka kata kerajaan BN teruk, tapi kali ini jelas parti itu (Pas) lebih teruk berbanding BN sendiri. "Kepada parti pembangkang, janganlah asyik tuding jari kepada kita (BN), sekarang mereka terima balasannya malah lebih teruk," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sekitar Kuala Berang dekat sini hari ini. Beliau yang j...

Kota Siputeh: SPR peroleh perintah penggantungan sementara

Image
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah. Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi. - Berita Harian

Dr Asri tidak akan bersama Pas

Image
Rayuan SPR telah pun dibenarkan dan ini bermakna, UMNO & BN masih punya banyak masa untuk menyediakan diri bagi menghadapi PRK Kota Siputeh. Berita gembira kedua adalah berkaitan dengan desas-desus yang mengatakan Dr Asri mungkin dilamar Pas untuk dijadikan Calon Pas di pilihanraya kecil itu nanti. Khabar yang saya terima, amatlah baik dan ianya adalah jaminan yang Dr Asri tetap kekal berdakwah sebagai Pendakwah Bebas. Ini bererti, Dr Asri tidak akan menyertai mana-mana Parti Politik. Cuma yang disuarakan kepada saya adalah rasa terkilan Dr Asri dengan beberapa Pimpinan UMNO yang cuba menjatuhkan dia dengan mendakwanya sebagai Wahabi dan macam-macam lagi. Janganlah kita pertikaikan Dr Asri itu Wahabi ka, apa ka, kerana yang pasti, YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan Wahabi bukanlah sesat atau salah disisi Islam. Berbalik kepada pendirian Dr Asri, selain dari itu, beliau juga terkilan dengan beberapa Pegawai atasan Jakim yang cuba untuk mengeruhkan keadaan. Ada...

Pas Kelantan tidak lagi perjuangkan Islam?

Image
KOTA BHARU 23 Nov. - Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan Pas negeri tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini tetapi lebih sibuk membahagikan 'harta perang'. Ketuanya, Anuar Safian berkata, pemimpin parti terbabit pada masa kini menjadikan kuasa yang dimiliki mereka untuk mengumpul aset dan keuntungan sehingga mengabaikan rakyat. Beliau berkata, oleh kerana kegiatan itu tidak lagi dapat dibendung dan semakin merebak, kepimpinan Pas Kelantan dipercayai telah berpecah sehingga wujud sekurang-kurangnya tiga kumpulan. "Kesemua kumpulan ini sedang sibuk mengaut keuntungan dari kerajaan negeri ini sehingga melupakan dasar perjuangan mereka iaitu Islam. "Mereka telah lupa semua perjuangan sebelum ini kerana terlalu lama berkuasa dan disebabkan itu mereka mengagihkan hasil negeri ini seperti balak seperti membahagikan 'harta perang'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kemelut dalaman Pas Kelantan b...

Keputusan tak konsisten Nik Aziz tunjuk kelemahan Pas: TPM

Image
PUTRAJAYA: Keputusan yang tidak konsisten Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam beberapa isu termasuk pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah bukti kelemahan kepimpinan Pas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan seumpama itu bukan saja menyebabkan orang ramai keliru, malah di kalangan ahli Pas sendiri. "Dia (Nik Aziz) biasa begitu (dengan) sikap memilih-milih untuk membuat keputusan atau menjatuhkan sesuatu keputusan tertentu. "Kalau ia berhubung kait dengan kepentingan peribadi (dan) keluarga, mula-mula kata begitu lepas itu begini, nampak dia tidak ada satu ketegasan dalam sikap...tak konsisten dalam kebanyakan hal dan kadang-kadang bercanggah kerana ada kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara ketujuh di sini hari ini. Beliau berkata sikap tidak konsisten Ni...

BN sedia pertahan DUN Kota Siputeh

Image
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah, jika pilihan raya kecil perlu diadakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri juga menolak khabar angin mengatakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan dicalonkan di DUN itu.

Pas Kelantan akan bergolak lagi...HUSAM MUSA lawan NIK AMAR

Image
Nik Amar menggesa agar Nik Aziz menamakan penggantinya. Tujuannya adalah utk menghentikan kemelut yang ada sekarang. Nik amar pernah disebut sebagai bakal pengganti kepada Nik Aziz selepas Mat Iroq uzur. Dan apabila melihat agresifnya Husam untuk menjatuhkan Nik Aziz, Nik Amar terpaksa bersuara. Menrut katanya lagi, tujuan menggesa Nik Aziz menamakan pengganti, tidak bermakna datu isyarat untuk Nik Aziz berhenti. Sebaliknya, kata Nik amar, Pemimpin bertukar ganti dan jika Nik Aziz tidak lagi memimpin Kelantan, pastinya ada pemimpin baru yang menerajui. Jadi Nik Aziz tidak perlu gusar ddengan bakal penggantinya. Jelaslah, akan berpanjangan lagi kemelut Pas Kelantan ini. Semua main pakai 'runner', 'runner' pula upah 'orang dalam' untuk keluarkan bukti. Pastinya, jika Husam terus menekan Nik Aziz, dan bila Nik Amar merasakan kedudukannya sebagai pengganti semakin pudar, maka akan banyak lagilah dokumen 'konsesi balak' yang akan keluar. Kita yang di luar Pas...

Siapa Calon paling sesuai untuk BN

Image
Asas penilaian mestilah pilihan rakyat. Ertinya calon yang bakal dipilih nanti, selain boleh bekerja dengan baik, mesti juga adalah calon 'favorit' yakni kesukaan dan paling popular di mata rakyat. BN mempunyai beberapa Calon tempatan seperti Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Selain dari itu, UMNO dan BN juga tidak boleh menolak populariti dan sayangnya rakyat tempatan khasnya kepada Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun. Mukhriz yang bertanding di Parlimen Jerlun, menang dengan majoriti 2,205 mengalahkan calon Pas, Idris Mat. Dengan 2 DUN yang terletak di dalam Parlimen ini, kemenangan Mukhriz memang membuktikan bagaimana rakyat negeri Kedah masih sayangkan dan terkenangkan jasa Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Dan yang baiknya, setelah dipilih untuk mejadi Ahli Parlimen di Jerlun, Mukhriz telah membuktikan betapa beliau memang pilihan yang tepat. Rata-rata rakyat yang ditemui memang berpuashati dengan cara Mu...

Bah : Antara suka dan duka.

Image
SUKA RIA: Kanak-kanak mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk bermain banjir tanpa menghiraukan keselamatan diri di Kampung Betong, Jitra, hari ini. Sepatutnya, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap kegiatan anak-anak mereka sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. Memang ini yang berlaku setiap kali musim banjir melanda beberapa kawasan rendah di negeri Kedah. Namun, ibubapa perlu beringat, dalam anak-anak sibuk bermain banjir, pastikan juga mereka diperhatikan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Nik Aziz sedih...namun tetap tidak lepaskan jawatan MB

Image
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan peletakan jawatan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman (kanan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada sidang akhbar di Kota Bharu, hari ini.

Tertekan : Nik Aziz arah menantu letak jawatan CEO PMBK

Image
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO). Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit. "Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu. - Berita Har...

Mahkamah Tinggi tolak penangguhan kekosongan DUN Kota Siputeh

Image
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini.