PAS Tak Kisah Kalau Itu Benar Anwar???
PAS tetap dengan pendirian tidak mahu terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf berhubung isu rakaman video seks yang didakwa mirip ketua pemimpin pembangkang, kata Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub.
"Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi," katanya ketika ditanya pendirian PAS berhubung isu berkenaan di ibu pejabat parti itu di sini Khamis.
Mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip ketua pemimpin pembangkang, Salahuddin berkata isu terbabit tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terbabit walaupun ia telah disahkan tulen. Sumber asal: BERNAMA
Comments